Owner
Affiliate
Visit our main blog ;
And our facebook page as well as our Instagram.
Archives
Recent Posts
Date back by month
♥ December 2015
♥ February 2016
♥ March 2016
|
Friday @ 25.3.16
`Suatu Memori...
Assalamualaikum.
APIDS? Wow, tak sangka aku dapat sambung dalam aliran Sains
Agama jugak. Aku ingat aku dah tak layak... Alhamdulillah Allah bagi peluang
ini pada aku... Seronok sangat-sangat dapat masuk UM, dapat Sains dan Islam...
Alhamdulillah.
UM KL, dekatlah dengan adik aku nanti. Yeay! Tetapi,
tiba-tiba “Kakak, Asasi Pengajian Islam UM Nilam Puri di Kelantan lah...” Apa??
Haha, sungguh tak percaya. Inilah kali pertama ke Kelantan. Sebelum ini lalu
je... Haha.
Sejak aku memasuki APIUM NP, aku bertekad untuk ubah diri
aku. Aku ingin berhijrah. Dan Alhamdulillah aku berjaya walaupun bukan 100%.
Semua ini berkat atas sokongan sahabat-sahabatku yang jauh di tempat
masing-masing.
Aku perlu kutip ilmu sebanyak yang mungkin di sini. Dengan
kelas Tafaqquhnya, kuliahnya, tutorialnya, Medan Ilmu dan sebagainya. Semangat
aku membara untuk mengaut semua ilmu yang ada.
Tetapi, sejak satu peristiwa berlaku pada aku, aku mula
putus asa. Aku mula terasa tidak layak berada di bumi Nilam Puri ini. Aku
terasa mahu pulang ke rumah.
Dan apabila aku begitu, ada seorang sahabat menegur aku
supaya jangan Futur. Allah tak suka dan Alhamdulillah Allah kirim padaku
seorang sahabat untuk membantu diriku. Dia sentiasa bersemangat dan memberi
semangat pada aku.
Sejak itu, aku bangun kembali , aku tahu aku kena kuat
tempuhi semua ini, aku kena kuat. Haha, panjang pulak aku membebel kat sini...
>.<
Apapun, aku akui kita sebagai manusia ni, jangan Futur.
Jangan bila ada masalah je, putus asa. Kita kena kuat. Aku teringat kata-kata
seseorang,
“Jika kita ada masalah dan kita jatuh, jangan kita terbaring tapi
terus bangkit dan terduduk pun jangan” au kama Qal.
Ingat kita ini sebagai siswa-siswi, banggakan mak ayah,
jangan kecewakan mereka. Mereka yang besarkan kita dari kecil hingga besar. Dari
tapak kaki besar 2 jari hingga tapak kaki besar macam sekarang.
Sebelum aku akhiri, aku nak kongsi sikit tips untuk study.
Haha. Walaupun aku tak pandai mana.
1) Fokus dalam kelas
Dalam kelas, jangan main fon, jangan tidur. Tumpu pada apa
yang lecturer cakap.
2) Tanya jika tidak faham
Jika kita bertanya, ia akan memudahkan proses pemahaman kita
dan akan memudahkan kita untuk ulangkaji pelajaran.
3) Jangan bertangguh
Contoh senang, assignment. Jangan esok nak hantar, malam ni
baru nak buat. Ouch, deep... Haha >.<
4) Sentiasa ulangkaji kembali apa yang telah dipelajari
dalam tempoh 48 jam
Kerana otak kita masih menyimpan apa-apa yang kita pelajari
dalam tempoh itu.
5) Study hard, study smart
Ramai yang cakap susah nak study smart, tapi korang boleh.
Asalkan teknik yang betul.. Study hard pun kena teknik yang betul, kalau tak,
sia-sia.
Jadi, ini sahaja dari hamba kerdil ini. Yang baik datang
dari Allah, dan yang lemah itu datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada
diri ini.
أقول قولي هذا واستغفر الله لي ولكم. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
~Aisya Humaira
@ 25.3.16
`Ikhlas
Diriwayatkan dari Jabir R.A berkata, Rasulullah S.A.W
bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat bagi
manusia lain.” (HR Thabrani dan Daruqhutni)
# semoga bermanfaat ya, kawan-kawan semua >.<
“Saya belajar ikhlas kerana Allah”.
Nak cakap macam ni memang senang kan?
Tapi, siapa je yang dah betul-betul yakin, dia belajar
semata-mata kerana Allah?
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda:
" مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
لا يَتَعَلَّمُهُ إِلا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يجدَ عَرْفَ الْجَنَّةِ
"
“Barangsiapa menuntut ilmu, seharusnya diharapkan dengannya
wajah Allah Azza Wa Jalla, tetapi ia tidak menuntutnya kecuali untuk
mendapatkan sedikit dari kenikmatan dunia, maka ia tidak akan mencium bau
syurga” (HR Ahmad, Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibb an)
Dekat Nilam Puri ni, seronok belajar dengan kawan-kawan,
cuma bila masuk kelas, tengok muka kawan-kawan kan, bil tengok betapa
bersungguh-sungguhnya semua orang belajar, buat kita rasa seram sorang-sorang.
Kita je ke yang susah sangat nak belajar ikhlas kerana Allah? Betul ke selama
ni, kita belajar bukan kerana ijazah semata-mata?
Sufyan As-Tsauri pernah cakap,
“Sesuatu yang paling sulit
bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia
berubah-ubah”.
Ingat tak, hadis Rasulullah S.A.W yang sebut bahawa tiga orang yang masuk neraka terlebih dahulu ialah orang-orang yang buat kebaikan, tapi
bukan kerana Allah? Amal orang-orang ni, bukan je tidak diterima, bahkan Allah
azab orang tu. Astaghfirullah...
Nak ikhlas memang tak senang, tapi kita tahu kita kena
usaha. Allah kan suka orang yang bersungguh-sungguh. Allah janji nak makbulkan
doa kita semua, jadi doa banyak-banyak ea >.< Mudah-mudahan, Allah terima
semua amal kebaikan yang kita buat.
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa
yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi
musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman. (A-li'Imraan 3:139)
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih-sayang Allah
ye, kawan-kawan semua >.< ~
~Fubuki Shirou
Monday @ 7.3.16
`Aku aku, Kau kau
and that means PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Pernah dulu kata-kata tajuk tu aku jadikan sebagai moto aku.
Like, Hey aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Sama-sama Happy, Sama-sama
Bahagia. Done.
Pernah juga aku malas nak masuk campur sesuatu perkara yang
jadi pada kawan-kawan aku. Aku lebih suka jadi pemerhati. Mostly because aku
tak nak susahkan diri aku sendiri. eg. kawan aku gaduh, then aku just biar dan
tunggu. Time will heal the burns anyway.
Tapi kan bila benda tu jadi pada aku, aku rasa sakitnya bila
sorang-sorang. Aku assure diri aku yang tak ada orang akan kisah. Even aku
cerita pada orang bukannya dapat selesaikan masalah pun.
One day, sorang budak ni dia tanya apa masalah aku. Suruh
aku cerita masalah aku. At first memang aku malas nak cerita, tapi bila tengok
muka budak ni curious sangat nak tolong, aku pun bagitahu.
Turn out, dada aku yang sesak ni jadi lebih lapang. Bila aku
cerita dekat dia, dia pun ada suggest beberapa pertolongan untuk aku. Tiba-tiba
dia quote benda paling hebat yang aku pernah dengar. Haha XD Malas nak tulis
dekat sini anyway.
So, dari situ aku rasa tak salah kalau aku jadi pendengar
jugak. Aku mula dengar cerita kawan-kawan aku even aku tak bagi apa-apa
suggestion pun (hanya dengar semata-mata, haha. Malas nak fikir). Dan bila dia
cakap terima kasih sebab dengar tu, aku jadi happy dapat tolong dia.
Orang cerita pada kita bukan nak kita buat apa-apa pun, tapi
just jadi pendengar. Bagi pendapat yang sesuai dan rasional. Maybe time tu dia
tak dapat nak fikir dengan baik sebab tekanan emosi ke.
Dan orang cerita pada kita sebab dia tahu yang kita boleh
simpan rahsia dia. Boleh share bebanan
dia. Sebab dia percayakan kita.
Dan time tu aku sedar.
Sebab itulah orang selalu kata, luahlah pada Allah.
Nangislah di hadapan Allah. Allah dengar rintihan kita, Dia faham isi hati
kita, Dia perhatikan kita, Dia sayang kita, Dia uji sebab nak kita kuat.
Percaya Qada' dan Qadar dan kita akan jadi lebih kuat. Kalau
ada masalah berlaku, doa banyak-banyak, Minta yang terbaik untuk kau dan orang
sekeliling kau.
Bila kita berpegang pada ketentuan Allah, kita akan rasa
yang Allah tak akan buat sesuatu yang sia-sia untuk kita. Mesti ada hikmah
disebalik perkara yang terjadi.
Aku tak sehebat kawan-kawan aku dalam bab-bab Agama tapi ini
yang selalu aku pegang pada diri aku.
And definitely sometimes aku tersasar, aku lemah, tapi aku
bersyukur sebab kadang-kadang through a person's kata-kata dan behaviour buat
aku sentap. Haa, ini peringatan daripada Allah.
And ujian boleh jadi dalam tiga bentuk, tanggungjawab dan
amanah, nikmat dan kesusahan.
1. Ujian dalam bentuk tanggungjawab dan amanah diberikan
untuk melihat samada manusia berjaya menunaikannya atau tidak. Manusia diuji
dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan terhadap alam
seluruhnya.
2. Ujian dalam bentuk nikmat pula diberikan untuk melihat
samada manusia bersyukur atau kufur terhadap Allah. Antara nikmat yang kerap kali disebut oleh
Rasulullah S.A.W ialah nikmat usia muda, masa lapang, ilmu dan harta kekayaan.
3. Manakala ujian dalam bentuk kesusahan diberikan untuk
melihat samada manusia sabar menanggungnya ataupun keluh-kesah serta berputus
asa. Kesusahan yang dialami oleh manusia kadang-kadang berbentuk kurang
harta, ditimpa bencana dan malapetaka serta
dizalimi oleh orang lain. (rujukan)
So, pesan aku pada diri sendiri dan pembaca, kau boleh jadi
orang yang pentingkan diri sendiri atau orang yang suka bantu orang lain tapi
ingat, setiap benda yang kau buat akan ada balasannya sendiri.
Jangan sampai apa yang
kau benci tu datang balik pada diri kau. Because that will be hurts like hell.
What comes around comes around though.
Haih. Aku pulak yang terasa sentap bila tulis benda ni. XDD
JZKK
Till Then,
~ 1412
@ 7.3.16
`Life As A Reward
Ok, nampak tajuk macam best kan. Tapi takde lah kaitan
sangat dengan cerita kali ini, cuma nak cerita tentang kehidupan sebagai
pelajar Asasi lebih-lebih lagi APIDS ni. Bagi mereka yang baru sahaja tamat
menduduki SPM pada tahun lepas, mesti tengah duduk depan laptop/komputer,
mengisi permohonan ke universiti sambil membuka blog-blog pelajar universiti
kan? Jika anda sedang membaca blog, bermakna betullah tekaan saya... Hehe...
(hambar...). Ok, kita teruskan kepada isi (macam buat karangan pula).
- Pakaian Bebas
Ini yang hampir kesemua budak-budak sekolah menengah tak
sabar. Dan akhirnya, ketidaksabaran itu membawa padah T.T. Kenapa? Situasi : Bangun pagi-pagi, berdiri depan almari, fikir nak pakai apa
untuk pergi ke kuliah ni? Nak pakai yang tak ada kolar tak boleh, yang
smart-smart pula nanti orang fikir menunjuk-nunjuk, pakai kemeja, nampak macam
nerd sangat... Hmm, tak pergi kuliah la aku nampaknya...
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya
kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raaf
7:26)
- Masa
Kalau free, memang free ‘gila-gila’, sampai tak tahu nak
buat apa. Nak main game pun rasa dah boring. Jadi, tidur je la. Tapi, kalau
busy, memang busy tahap dahsyat (ceh, gurau je...), dengan assignment la,
presentation la, meeting lagi... Tak termasuk program... Nak update blog
lagi... Aduh, penat...
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:1-3)
- Sikap
Sikap pelajar universiti ni, aku dah jumpa bermacam-macam,
ada yang ceria, sombong, kaki mengumpat, gamers dan banyak lagi la. Tapi, yang
paling aku suka adalah yang friendly dan suka tegur orang… Bukan apa, kita satu
university, kenalah rapatkan Ukhuwwah. Nak bagi tips, kalau nak dapat pointer
tinggi; 4 flat, kenalah hormat dan selalu bertanya kepada pensyarah
(berdasarkan pemerhatian aku, bukan aku). Haha… (hambar lagi…).
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka
baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan
sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan
(kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
(Al-An'aam 6:160)
- Asrama
Boleh tahanlah... Di Nilam Puri ini, hampir semua kemudahan
disediakan. Sebilik dua orang (untuk pelajar lelaki) dan tiga orang (untuk
pelajar perempuan). Kalau dapat yang rajin dan pembersih, untunglah hidup. Tapi
yang paling best sekali ‘Wifi’ laju tahap cahaya (melebih-lebih pulak...) tapi
memang serius ‘Wifi’ laju sangat... Click je, terus direct keluar.
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang
diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu
sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan
bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga
pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan
mematuhi perintahNya. (Al-Nahl 16:81)
Tamatlah pengisian blog oleh saya pada kali ini...
Sebenarnya, banyak lagi yang nak diceritakan tapi tiada idea... Semoga pembaca
mendapat sesuatu daipada pengisian di atas. Hargailah hidup, jangan
sia-siakannya (baru masuk dengan topik...). Sekian.
~ onlinegamer
Older | Newer
|
Background Profile
Kami adalah pelajar-pelajar APIDS (Asasi Pengajian Islam Dan Sains) sesi 2015/2016 yang lahir pada tahun 1997. Dan kami adalah Kohort atau Batch ke-14 bagi kursus pengajian ini. Buat masa ini, kami sedang belajar di Universiti Malaya Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan untuk subjek-subjek Pengajian Islam manakala pada tahun depan InsyaAllah kami akan meneruskan pengajian di Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk subjek-subjek sains dan seterusnya, meneruskan pengajian di tahap Ijazah Pertama
Kami tidak berdiri keseorangan. Kami punya keluarga. Keluarga kami yang tersendiri. Ahli-ahli batch pertama hingga yang terkini, iaitu sehingga kami yang batch ke-14 bersama-sama membentuk suatu keluarga, suatu halaqah yang besar, suatu usrah yang besar -- SGPI. Ingin tahu lebih lanjut? Ayuh sertai kami! Pilih bidang Asasi Islam Dan Sains, Universiti Malaya sebagai pilihan pertama anda. Kami sedia menanti ;)
Jangan bersedih jika anda masih belum bersedia untuk siap siaga, kami dengan rela hatinya ingin berkongsi kisah kami kepada anda semua!
Jika anda ingin ajukan soalan atau memberi komen, sila klik di Tagboard dan tinggalkan jejak anda. ♥
Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh ExcoMP97
|
Our Journalists
Berikut merupakan pengarang kami serta karya-karyanya:
Dax Rome:
Mushroom Putih:
Focyx Falcon:
Darth Vader Beriman:
blackmoon:
Dan ramai lagi! // AKAN DATANG //
|
Friday @ 25.3.16
`Suatu Memori...
Assalamualaikum.
APIDS? Wow, tak sangka aku dapat sambung dalam aliran Sains
Agama jugak. Aku ingat aku dah tak layak... Alhamdulillah Allah bagi peluang
ini pada aku... Seronok sangat-sangat dapat masuk UM, dapat Sains dan Islam...
Alhamdulillah.
UM KL, dekatlah dengan adik aku nanti. Yeay! Tetapi,
tiba-tiba “Kakak, Asasi Pengajian Islam UM Nilam Puri di Kelantan lah...” Apa??
Haha, sungguh tak percaya. Inilah kali pertama ke Kelantan. Sebelum ini lalu
je... Haha.
Sejak aku memasuki APIUM NP, aku bertekad untuk ubah diri
aku. Aku ingin berhijrah. Dan Alhamdulillah aku berjaya walaupun bukan 100%.
Semua ini berkat atas sokongan sahabat-sahabatku yang jauh di tempat
masing-masing.
Aku perlu kutip ilmu sebanyak yang mungkin di sini. Dengan
kelas Tafaqquhnya, kuliahnya, tutorialnya, Medan Ilmu dan sebagainya. Semangat
aku membara untuk mengaut semua ilmu yang ada.
Tetapi, sejak satu peristiwa berlaku pada aku, aku mula
putus asa. Aku mula terasa tidak layak berada di bumi Nilam Puri ini. Aku
terasa mahu pulang ke rumah.
Dan apabila aku begitu, ada seorang sahabat menegur aku
supaya jangan Futur. Allah tak suka dan Alhamdulillah Allah kirim padaku
seorang sahabat untuk membantu diriku. Dia sentiasa bersemangat dan memberi
semangat pada aku.
Sejak itu, aku bangun kembali , aku tahu aku kena kuat
tempuhi semua ini, aku kena kuat. Haha, panjang pulak aku membebel kat sini...
>.<
Apapun, aku akui kita sebagai manusia ni, jangan Futur.
Jangan bila ada masalah je, putus asa. Kita kena kuat. Aku teringat kata-kata
seseorang,
“Jika kita ada masalah dan kita jatuh, jangan kita terbaring tapi
terus bangkit dan terduduk pun jangan” au kama Qal.
Ingat kita ini sebagai siswa-siswi, banggakan mak ayah,
jangan kecewakan mereka. Mereka yang besarkan kita dari kecil hingga besar. Dari
tapak kaki besar 2 jari hingga tapak kaki besar macam sekarang.
Sebelum aku akhiri, aku nak kongsi sikit tips untuk study.
Haha. Walaupun aku tak pandai mana.
1) Fokus dalam kelas
Dalam kelas, jangan main fon, jangan tidur. Tumpu pada apa
yang lecturer cakap.
2) Tanya jika tidak faham
Jika kita bertanya, ia akan memudahkan proses pemahaman kita
dan akan memudahkan kita untuk ulangkaji pelajaran.
3) Jangan bertangguh
Contoh senang, assignment. Jangan esok nak hantar, malam ni
baru nak buat. Ouch, deep... Haha >.<
4) Sentiasa ulangkaji kembali apa yang telah dipelajari
dalam tempoh 48 jam
Kerana otak kita masih menyimpan apa-apa yang kita pelajari
dalam tempoh itu.
5) Study hard, study smart
Ramai yang cakap susah nak study smart, tapi korang boleh.
Asalkan teknik yang betul.. Study hard pun kena teknik yang betul, kalau tak,
sia-sia.
Jadi, ini sahaja dari hamba kerdil ini. Yang baik datang
dari Allah, dan yang lemah itu datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada
diri ini.
أقول قولي هذا واستغفر الله لي ولكم. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
~Aisya Humaira
@ 25.3.16
`Ikhlas
Diriwayatkan dari Jabir R.A berkata, Rasulullah S.A.W
bersabda:
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat bagi
manusia lain.” (HR Thabrani dan Daruqhutni)
# semoga bermanfaat ya, kawan-kawan semua >.<
“Saya belajar ikhlas kerana Allah”.
Nak cakap macam ni memang senang kan?
Tapi, siapa je yang dah betul-betul yakin, dia belajar
semata-mata kerana Allah?
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda:
" مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
لا يَتَعَلَّمُهُ إِلا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يجدَ عَرْفَ الْجَنَّةِ
"
“Barangsiapa menuntut ilmu, seharusnya diharapkan dengannya
wajah Allah Azza Wa Jalla, tetapi ia tidak menuntutnya kecuali untuk
mendapatkan sedikit dari kenikmatan dunia, maka ia tidak akan mencium bau
syurga” (HR Ahmad, Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibb an)
Dekat Nilam Puri ni, seronok belajar dengan kawan-kawan,
cuma bila masuk kelas, tengok muka kawan-kawan kan, bil tengok betapa
bersungguh-sungguhnya semua orang belajar, buat kita rasa seram sorang-sorang.
Kita je ke yang susah sangat nak belajar ikhlas kerana Allah? Betul ke selama
ni, kita belajar bukan kerana ijazah semata-mata?
Sufyan As-Tsauri pernah cakap,
“Sesuatu yang paling sulit
bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia
berubah-ubah”.
Ingat tak, hadis Rasulullah S.A.W yang sebut bahawa tiga orang yang masuk neraka terlebih dahulu ialah orang-orang yang buat kebaikan, tapi
bukan kerana Allah? Amal orang-orang ni, bukan je tidak diterima, bahkan Allah
azab orang tu. Astaghfirullah...
Nak ikhlas memang tak senang, tapi kita tahu kita kena
usaha. Allah kan suka orang yang bersungguh-sungguh. Allah janji nak makbulkan
doa kita semua, jadi doa banyak-banyak ea >.< Mudah-mudahan, Allah terima
semua amal kebaikan yang kita buat.
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan
mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa
yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi
musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman. (A-li'Imraan 3:139)
Semoga kita semua berada dalam rahmat dan kasih-sayang Allah
ye, kawan-kawan semua >.< ~
~Fubuki Shirou
Monday @ 7.3.16
`Aku aku, Kau kau
and that means PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Pernah dulu kata-kata tajuk tu aku jadikan sebagai moto aku.
Like, Hey aku buat kerja aku, kau buat kerja kau. Sama-sama Happy, Sama-sama
Bahagia. Done.
Pernah juga aku malas nak masuk campur sesuatu perkara yang
jadi pada kawan-kawan aku. Aku lebih suka jadi pemerhati. Mostly because aku
tak nak susahkan diri aku sendiri. eg. kawan aku gaduh, then aku just biar dan
tunggu. Time will heal the burns anyway.
Tapi kan bila benda tu jadi pada aku, aku rasa sakitnya bila
sorang-sorang. Aku assure diri aku yang tak ada orang akan kisah. Even aku
cerita pada orang bukannya dapat selesaikan masalah pun.
One day, sorang budak ni dia tanya apa masalah aku. Suruh
aku cerita masalah aku. At first memang aku malas nak cerita, tapi bila tengok
muka budak ni curious sangat nak tolong, aku pun bagitahu.
Turn out, dada aku yang sesak ni jadi lebih lapang. Bila aku
cerita dekat dia, dia pun ada suggest beberapa pertolongan untuk aku. Tiba-tiba
dia quote benda paling hebat yang aku pernah dengar. Haha XD Malas nak tulis
dekat sini anyway.
So, dari situ aku rasa tak salah kalau aku jadi pendengar
jugak. Aku mula dengar cerita kawan-kawan aku even aku tak bagi apa-apa
suggestion pun (hanya dengar semata-mata, haha. Malas nak fikir). Dan bila dia
cakap terima kasih sebab dengar tu, aku jadi happy dapat tolong dia.
Orang cerita pada kita bukan nak kita buat apa-apa pun, tapi
just jadi pendengar. Bagi pendapat yang sesuai dan rasional. Maybe time tu dia
tak dapat nak fikir dengan baik sebab tekanan emosi ke.
Dan orang cerita pada kita sebab dia tahu yang kita boleh
simpan rahsia dia. Boleh share bebanan
dia. Sebab dia percayakan kita.
Dan time tu aku sedar.
Sebab itulah orang selalu kata, luahlah pada Allah.
Nangislah di hadapan Allah. Allah dengar rintihan kita, Dia faham isi hati
kita, Dia perhatikan kita, Dia sayang kita, Dia uji sebab nak kita kuat.
Percaya Qada' dan Qadar dan kita akan jadi lebih kuat. Kalau
ada masalah berlaku, doa banyak-banyak, Minta yang terbaik untuk kau dan orang
sekeliling kau.
Bila kita berpegang pada ketentuan Allah, kita akan rasa
yang Allah tak akan buat sesuatu yang sia-sia untuk kita. Mesti ada hikmah
disebalik perkara yang terjadi.
Aku tak sehebat kawan-kawan aku dalam bab-bab Agama tapi ini
yang selalu aku pegang pada diri aku.
And definitely sometimes aku tersasar, aku lemah, tapi aku
bersyukur sebab kadang-kadang through a person's kata-kata dan behaviour buat
aku sentap. Haa, ini peringatan daripada Allah.
And ujian boleh jadi dalam tiga bentuk, tanggungjawab dan
amanah, nikmat dan kesusahan.
1. Ujian dalam bentuk tanggungjawab dan amanah diberikan
untuk melihat samada manusia berjaya menunaikannya atau tidak. Manusia diuji
dengan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama dan terhadap alam
seluruhnya.
2. Ujian dalam bentuk nikmat pula diberikan untuk melihat
samada manusia bersyukur atau kufur terhadap Allah. Antara nikmat yang kerap kali disebut oleh
Rasulullah S.A.W ialah nikmat usia muda, masa lapang, ilmu dan harta kekayaan.
3. Manakala ujian dalam bentuk kesusahan diberikan untuk
melihat samada manusia sabar menanggungnya ataupun keluh-kesah serta berputus
asa. Kesusahan yang dialami oleh manusia kadang-kadang berbentuk kurang
harta, ditimpa bencana dan malapetaka serta
dizalimi oleh orang lain. (rujukan)
So, pesan aku pada diri sendiri dan pembaca, kau boleh jadi
orang yang pentingkan diri sendiri atau orang yang suka bantu orang lain tapi
ingat, setiap benda yang kau buat akan ada balasannya sendiri.
Jangan sampai apa yang
kau benci tu datang balik pada diri kau. Because that will be hurts like hell.
What comes around comes around though.
Haih. Aku pulak yang terasa sentap bila tulis benda ni. XDD
JZKK
Till Then,
~ 1412
@ 7.3.16
`Life As A Reward
Ok, nampak tajuk macam best kan. Tapi takde lah kaitan
sangat dengan cerita kali ini, cuma nak cerita tentang kehidupan sebagai
pelajar Asasi lebih-lebih lagi APIDS ni. Bagi mereka yang baru sahaja tamat
menduduki SPM pada tahun lepas, mesti tengah duduk depan laptop/komputer,
mengisi permohonan ke universiti sambil membuka blog-blog pelajar universiti
kan? Jika anda sedang membaca blog, bermakna betullah tekaan saya... Hehe...
(hambar...). Ok, kita teruskan kepada isi (macam buat karangan pula).
- Pakaian Bebas
Ini yang hampir kesemua budak-budak sekolah menengah tak
sabar. Dan akhirnya, ketidaksabaran itu membawa padah T.T. Kenapa? Situasi : Bangun pagi-pagi, berdiri depan almari, fikir nak pakai apa
untuk pergi ke kuliah ni? Nak pakai yang tak ada kolar tak boleh, yang
smart-smart pula nanti orang fikir menunjuk-nunjuk, pakai kemeja, nampak macam
nerd sangat... Hmm, tak pergi kuliah la aku nampaknya...
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian
perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya
kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raaf
7:26)
- Masa
Kalau free, memang free ‘gila-gila’, sampai tak tahu nak
buat apa. Nak main game pun rasa dah boring. Jadi, tidur je la. Tapi, kalau
busy, memang busy tahap dahsyat (ceh, gurau je...), dengan assignment la,
presentation la, meeting lagi... Tak termasuk program... Nak update blog
lagi... Aduh, penat...
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr 103:1-3)
- Sikap
Sikap pelajar universiti ni, aku dah jumpa bermacam-macam,
ada yang ceria, sombong, kaki mengumpat, gamers dan banyak lagi la. Tapi, yang
paling aku suka adalah yang friendly dan suka tegur orang… Bukan apa, kita satu
university, kenalah rapatkan Ukhuwwah. Nak bagi tips, kalau nak dapat pointer
tinggi; 4 flat, kenalah hormat dan selalu bertanya kepada pensyarah
(berdasarkan pemerhatian aku, bukan aku). Haha… (hambar lagi…).
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka
baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan
sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan
(kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
(Al-An'aam 6:160)
- Asrama
Boleh tahanlah... Di Nilam Puri ini, hampir semua kemudahan
disediakan. Sebilik dua orang (untuk pelajar lelaki) dan tiga orang (untuk
pelajar perempuan). Kalau dapat yang rajin dan pembersih, untunglah hidup. Tapi
yang paling best sekali ‘Wifi’ laju tahap cahaya (melebih-lebih pulak...) tapi
memang serius ‘Wifi’ laju sangat... Click je, terus direct keluar.
Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang
diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu
sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan
bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga
pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan
mematuhi perintahNya. (Al-Nahl 16:81)
Tamatlah pengisian blog oleh saya pada kali ini...
Sebenarnya, banyak lagi yang nak diceritakan tapi tiada idea... Semoga pembaca
mendapat sesuatu daipada pengisian di atas. Hargailah hidup, jangan
sia-siakannya (baru masuk dengan topik...). Sekian.
~ onlinegamer
Older | Newer
|
Tagboard
|
About this Site
Owner : APIdS'97
Designer : Nicole
Basecode : Fang Min
Banner : Xiaorene
Material: Cyworld
Cursor : Lovelycore
Graphics : Creambunny
|